Friday, April 20, 2012

Pengalaman mengajar kita.



Apabila melihat video klip di atas, teringat pula pada zaman kegagalan aku dahulu. Pedih, sedih semua ada. Rasa hidup ini seolah-olah sudah tidak bermakna lagi. Gagal mendapat keputusan terbaik dalam SPM, seminggu aku habiskan masa dalam bilik, layan internet semata2. Rakan2 lain semua apply masuk Poli dengan 'U', tapi aku lepak aje dalam bilik. malas nak amik port. Bapak aku ni seorang yang tegas, anggota polis lah nak di katakan. setiap kali dia balik kerja, memang dia xkan nmpk kelibat aku. sebab aku dah jadi macam anak dara, berkurung dalam bilik seharian. Even mak aku ajak aku makan pon, aku xkan keluar makan selagi aku tidak lapar. Betapa kecewanya hati aku pada masa tu.
Entah macam mana, satu hari tu aku tahu ayah aku balik kerja dalam pukul 11.30am. Sampai di rumah dia xterus masuk rumah, sebaliknya die call adik aku suruh aku turun siap2. time tu aku xtaw mane die nak bawak aku pergi. dengan muke selebet aku bersiap mandi ape sume, then turun naik motor ngan bapak aku.
time tu aku memang xtahu kemane aku akan dibawa, sebab laluan yang bapak aku bawak ni memang lain macam, jauh sngt2.kemudian die berhenti kat sebuah pejabat pos, suruh aku beli money order, aku konpius nak beli untuk ape? die cakap untuk borang poli. aku malas nak bersoal jawab terus je lah beli. dalam kepala terpikir la jugak, layak ke aku masuk poli? ermm xpe lah. layan je lah. untuk pengetahuan korang, dari rumah aku nak ke poli tu perjalanan nye amik masa lebih kurang 45menet, jadi bayangkan naik motor tgh2 panas, then orang tua pulak yang bawak.. memang kalau ikutkan hati time tu memang malas nak pikir pasal sambung2 belajar ni. setel beli borang ape sume, kite orang terus balik rumah. sampai kat rumah aku letak borang atas TV, then sambung rutin harian aku berkurung.. haha nak isi borang pon satu hal kemalasan, sbb rase macam xkn dpt aje. Tapi, nasib kita ni kekadang xdpt di duga. aku dengan result yang ntah ape2 ni berjaya masuk poly, manakala member aku yang result lagi baik dr aku xlepas masuk poly. tapi kisah kami berdua ni ada hikmahnya.. die sekarang jadi cekgu.. ok ar tu. tapi aku memang minat teknikal dr pengurusan. dan hala tuju kerja aku skang ni pon memang ke arah teknikal. kalo bos bagi kerja pengurusan, jawabnye terkial2 lah aku..
namun begitu, pengalaman lepas banyak mengajar aku. jangan berputus asa. gagal sekali tidak bermakna gagal untuk selama-lamanya. aku gunakan peluang yang ada untuk mempelajari semua benda. pernah seorang rakan sepejabat memanggil aku mamat gila training. nak buat macam mane, orang lain training setahun 7 hari, aku setahun 35 hari. lebih dr apa yg sepatutnya. bagi aku sesuatu benda yang nak kita lakukan perlulah ada minat & keyakinan. setiap training yang aku masuk, semuanya benda yang aku rasa minat & ingin tahu dengan lebih lanjut. kalau nak tuggu training yang di sponsor pergi ke otel grand2 baik xyah. nawaitu dah lari sangat dah tu, tapi ye lah, itu hak masing2 lah. kalau mereka sanggup mengorbankan masa terluang mereka untuk menghadiri kursus, jadi xde masalah.
untuk masa sekarang ni aku dalam proses nak menyiapkan penerbitan single pertama aku. haha single tu, yelah penerbitan buku yang pertama. juruteknik boleh tulis buku eh? op kos la boleh, ngape? korang ingt orang tinggi2 je boleh tulis buku? ubah la sket wei, jgn kolot sangat, walaupun ko tu juruteknik yang tarik cable aje, xpirience ko tu byk kan? y not ko bukukan ape yang patut. sekurang2nye, buku ko tu ada orang akan beli untuk belajar.
blog aku ni sorang je budak opis yang tahu. haha so xde la risau sangat nak bercerita pasal benda ni. lagi pun memang die tahu pasal aku tgh siapkan buku ni. dan aku juga telah menawarkan 3 orang sabahat opis aku, untuk terjebak sama dalam bidang penerbitan ini. haha 3 + 1 , yang 3 biji tu aku wat usaha sama. bagi mereka semangat sket untuk menulis. yang satu tu aku wat sorang2. tapi kesemua buku yang akan di tulis oleh mereka itu saling bersangkut paut dengan buku pertama aku. itu aje. dalam buku tu akan ku kongsikan segala ilmu pengetahuan aku tentang elektronik dsb. aku mengenali ilmu elektronik dari umur 9 tahun. pernah sekali datang interview, bile aku ceritakan dari a sampai z, die cakap awak tidak layak untuk jawatan juruteknik ini. haha. pergi sambung belajar & jadi lect. ilmu awak terlalu byk.. sampai tahap tu sekali die bg kat aku. tapi puan, sy perlukan pekerjaan yang stable.muahaha xpe lah dah die xnk amik aku kerja its ok. berpikiran terbuka la sket. mungkin ada pekerjaan yang lebih baik dari itu, sape tahu kan?
bagi mereka yang tgh down, aku pesan satu benda sahaja. gagal sekali tidak bermakna kita gagal selama-lamanya :)

Sunday, April 15, 2012

Alhamdulillah..

Akhirnya projek untuk SMS Berpusat Surau Madinah dah hampir siap. Tinggal untuk add & edit contact list sahaja. Feedback dari ahli jemaah pon amat mengembirakan hati aku ini. Sekurang-kurangnya ia membantu mereka untuk mengwar-warkan kepada penduduk setempat & perumahan taman jika terdapat sebarang ceramah, perkongsian ilmu, kenduri kendara & sebagainya.