Thursday, March 7, 2013

Rindu Pada Kamu....

Sukar untuk di ungkapkan dengan kata². Perbezaan status pada diri aku dan dia kekadang membuatkan kami keliru. Ya kami keliru. Bukan setakat aku aje yang keliru. Keliru dengan status diri... Ya pada diri kami.
Kami dah selamat di satukan pada 9 Feb 2013 lebih kurang dalam pukul 7:55pm kalo tidak silap. Dan apabila kami duduk berdua²an di dalam gelap. Di suatu tempat yang tercorok, apa yang keluar dari mulut kami adalah..

"Macam xcaye je kite da kawen kan"....

Kami masih terkejut, di tambahkan pula berada berjauhan seperti ini. Tapi yang pasti setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya.. Kami menerima seadanya....

Banyak cerita antara kita sebenarnya yang membuatkan kita sama² tidak percaya dengan apa yang berlaku. Hahaha x syok ar cite skema camni..

Ok pada ketika ini saya sedang merindui isteri saya yang berada di seberang banjaran titiwangsa sana.. ok BANJARAN okeh!!! nak jumpa Puan Misi, saya kene daki banjaran tersebut!!

Cuti aku dah habis, kalau lah masih ada saki baki cuti tersebut akan aku pulun lagi dan lagi dan lagi.. hahaha gile kaw.. selama ni jumpe control².. skang ni xde nye.. rase nak terkam aje.. haha(aku brani camni sebab xde bebudak opis taw blog aku.. hahaha)

Jikalau dulu dia adalah kawanku,
Jikalau dulu dia adalah kekasihku,
Jikalau dulu dia adalah Tunangku,
Dan sekarang,...
Dia adalah Isteriku..

Hubungan yang terjalin sekian lama yang berakhir di.... ehem².. jinjang pelamin yea kawan²...
arghh lambatnye poket nak penuh..

nak g jumpe bini,
nak g jenjalan ngan bini,
nak makan kat boyan ngan bini,
nak g shopping ngan bini,
nak g tgk wayang ngan bini..
nak buat everything sama² ngan bini....

i mishh u!!

Tuesday, March 5, 2013

Oh XSabar Rasenyeee

Hari ni xtahu kenape aku berkobar².
Xtahu camne semangat semacam lainya.
Pelik dengan perasaan ini.

Adakah aku akan menapak seperti hari itu??
di tambah pula dengan aksi kejar mengejar dengan group hanjing liar??

Ya benar aku di kejar oleh segerombolan hanjing liar, di mana aku nyaris² di lauk dan di gulai oleh gerombolan pengganas ini!!
Aku tahu aku bukan seperti watson nyambek(err betul ke ejaan ini?)..
Aku bukan pelari pecut negara!!
Aku bukan nye seorang atlit sukan!!

Bertapa azabnye di kejar & hampir² di tawan oleh hanjing² tersebut..
Kalau seko aku boleh menerima hakikat. Tetapi ini hanjing bawak kawan ajak makan sama²!!
Kalau xsilap aku lebih kurang dalam 5 or 6 ekor kot.

Dah le time tu kene tolak beskal, Akibat muatan yang berlebihan tayar beskal aku yang di perbuat daripada getah itu tidak mampu untuk menahan henjutan yang berlaku ketika aku sedang bersiap sedia untuk mengambil selekoh pertama.
Sedih & sadis.. meter pada beskal aku tgk xsampai pon 1.5km. Tetapi tayar sudah kecut..
sekecut²nyaa...

Dan pada hari ini, aku terase teringin sangat² untuk berkayuh seperti sebelum² ini..
Sambil² mencuci saluran pernafasan aku... err dan juga mata... hahahaha

Yang pasti tayar yg kecut udah di tukar dengan yang kembang. So bolehlah kite berkejaran.. seperti dulu²..

p/s: Kepada ketua hanjing² liar!! Jangan cuba memperkotak-katikan kebolehan memecut saya!!!