Tuesday, April 30, 2013

Cerita Tentang Baby


10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU

1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. 

Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. 

Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. 

Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. 

Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. 

Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. 

Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. 

Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya. (Sangat setuju...oleh itu bakal2 ibu..elakkan stress semasa mengandung)

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. 

Sebab itulah bayi nampak comel :)

Thursday, March 7, 2013

Rindu Pada Kamu....

Sukar untuk di ungkapkan dengan kata². Perbezaan status pada diri aku dan dia kekadang membuatkan kami keliru. Ya kami keliru. Bukan setakat aku aje yang keliru. Keliru dengan status diri... Ya pada diri kami.
Kami dah selamat di satukan pada 9 Feb 2013 lebih kurang dalam pukul 7:55pm kalo tidak silap. Dan apabila kami duduk berdua²an di dalam gelap. Di suatu tempat yang tercorok, apa yang keluar dari mulut kami adalah..

"Macam xcaye je kite da kawen kan"....

Kami masih terkejut, di tambahkan pula berada berjauhan seperti ini. Tapi yang pasti setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya.. Kami menerima seadanya....

Banyak cerita antara kita sebenarnya yang membuatkan kita sama² tidak percaya dengan apa yang berlaku. Hahaha x syok ar cite skema camni..

Ok pada ketika ini saya sedang merindui isteri saya yang berada di seberang banjaran titiwangsa sana.. ok BANJARAN okeh!!! nak jumpa Puan Misi, saya kene daki banjaran tersebut!!

Cuti aku dah habis, kalau lah masih ada saki baki cuti tersebut akan aku pulun lagi dan lagi dan lagi.. hahaha gile kaw.. selama ni jumpe control².. skang ni xde nye.. rase nak terkam aje.. haha(aku brani camni sebab xde bebudak opis taw blog aku.. hahaha)

Jikalau dulu dia adalah kawanku,
Jikalau dulu dia adalah kekasihku,
Jikalau dulu dia adalah Tunangku,
Dan sekarang,...
Dia adalah Isteriku..

Hubungan yang terjalin sekian lama yang berakhir di.... ehem².. jinjang pelamin yea kawan²...
arghh lambatnye poket nak penuh..

nak g jumpe bini,
nak g jenjalan ngan bini,
nak makan kat boyan ngan bini,
nak g shopping ngan bini,
nak g tgk wayang ngan bini..
nak buat everything sama² ngan bini....

i mishh u!!

Tuesday, March 5, 2013

Oh XSabar Rasenyeee

Hari ni xtahu kenape aku berkobar².
Xtahu camne semangat semacam lainya.
Pelik dengan perasaan ini.

Adakah aku akan menapak seperti hari itu??
di tambah pula dengan aksi kejar mengejar dengan group hanjing liar??

Ya benar aku di kejar oleh segerombolan hanjing liar, di mana aku nyaris² di lauk dan di gulai oleh gerombolan pengganas ini!!
Aku tahu aku bukan seperti watson nyambek(err betul ke ejaan ini?)..
Aku bukan pelari pecut negara!!
Aku bukan nye seorang atlit sukan!!

Bertapa azabnye di kejar & hampir² di tawan oleh hanjing² tersebut..
Kalau seko aku boleh menerima hakikat. Tetapi ini hanjing bawak kawan ajak makan sama²!!
Kalau xsilap aku lebih kurang dalam 5 or 6 ekor kot.

Dah le time tu kene tolak beskal, Akibat muatan yang berlebihan tayar beskal aku yang di perbuat daripada getah itu tidak mampu untuk menahan henjutan yang berlaku ketika aku sedang bersiap sedia untuk mengambil selekoh pertama.
Sedih & sadis.. meter pada beskal aku tgk xsampai pon 1.5km. Tetapi tayar sudah kecut..
sekecut²nyaa...

Dan pada hari ini, aku terase teringin sangat² untuk berkayuh seperti sebelum² ini..
Sambil² mencuci saluran pernafasan aku... err dan juga mata... hahahaha

Yang pasti tayar yg kecut udah di tukar dengan yang kembang. So bolehlah kite berkejaran.. seperti dulu²..

p/s: Kepada ketua hanjing² liar!! Jangan cuba memperkotak-katikan kebolehan memecut saya!!!

Tuesday, February 19, 2013

Status Aku Dah Bertukar. Harap Maklum.

Alhamdulillah semuanya telah berjalan dengan lancar, walaupun ada beberapa perkara yang berlaku, tetapi ianya masih tetap lancar di mata aku.

Pada 9 Feb 2013 aku telah bertukar status dengan rasminya. Bukan status pada FB yea, sebab aku xde FB so xde kene mengene dengan FB ye kawan². Walaupun rasa macam tidak percaya tetapi itulah ia kenyataan yang harus aku terima. Iya, aku telah menjadi suami secara rasminya pada seorang isteri, tak lain dan tak bukan.. My Cik Misi.

Sepanjang tempoh perkenalan kami, pelbagai rintangan dan dugaan yg kami tempuhi. Namun alhamdulillah, jodoh kami kuat dan mudah-mudahan ianya kekal hingga ke jannah.

ok part skema dah abeh...


Perghh giler ahh.. 5 tahun kawan, skang baru kawen.. cam xcaye je wei. Korang yg blom kawen tu cepat2 ar kawen. xyah tunggu lelama. Nanti nyesal wei wa cakap sama lu.... Ok sebelum tu sorry sebab x upload gambo, sebab aku memang x amik gambor. Yang tukang amik gambo blom pass over kat aku. So xde gambo pon ok kan....  

Sebelum ni aku penah amik gambo orang kawen, so kerja aku membuli pengantin aje. Namun begitu hukum karma tu tetap ada.. haha akhirnya aku di buli sebuli2nye sepanjang majlis perkahwinan aku. Penat woo.. baru aku tahu, panas baju pengantin tu camne.. peluh non stop dan bermacam² lagi lah yang aku hadapi, tapi aku xreti nak cerita. korang kawen nanti korang tahu lah..

alamak.. bini call.. hahaha k ar nanti aku soty lain eh.. wassalam...