Sunday, January 30, 2011

Bajir di Kota Bharu,


Ini Di antara gambar2 banjir pada tahun 2005 kalau tidak silap saya.. Walaupun air banjir tu boleh di katakan kotor. Tetapi bagi sesetengah orang ianya adalah pesta.. :P
Mereka boleh berjalan sehingga lebih dari 10KM tanpa rasa penat kerana keseronokkan bermain dengan air banjir.. :P


Jalan punya jalan jumpa motor hanyut, .. :P

Dalam kenangan...


Terkenang kembali saat-saat bersama mu.. petua-petua dari mu,..
Menoreh getah bersama-sama suatu ketika dahulu,..
Mengajar cara menahan jerat..
Memukat ikan...

Al-Fatihan buat arwah atuk ku.....

Wednesday, January 26, 2011

Usaha Tangga Kejayaan..

Yang ni bukan untuk sapa yeaa...
ni untuk reference sendiri, sebab aku selalu lupe di mana aku menyimpan koding2 ku..


org 0000h
setb p1.7
setb p3.2
setb p3.3
setb p3.4
mov R7,#00h

Start : jnb p1.7,on
cjne R7,#04d,start
clr p3.3
jmp start

on : inc R7
on_ : clr p3.2
jb p1.7,cstart
jmp on_

cstart : setb p3.2
jmp start

end


Okiess.. ni die code untuk CJNE.. adiosss

CJNE ?

Ades.. dengar cerita autoreset kat DC tu da banyak kali mengaktifkan diri.. sampai da xteraktif da.. autoreset aku xsiap2 lagi nih.. apsal la sejuk sangat otak kali nih.. CJNE tu kalo xsilap aku simple aje.. nape kali ni xmo jadi2 lagih?? haisshhh masalah masalah...

Project Project Project!!!!


Haishhh.. bile nak nak menjadi neh.. baru tinggal setahun coding, semua da beku dalam kepala....

Bantuan bantuan... dulu kalo wat2 coding atmel senyum aje(yang basic2 laa) skang ni muram semuram2nye.. ari tu board programmer problem.. puncanye supply dr USB xcukup.. apsal sebelum ni ok aje.. cek komponen xde pulak fault.. mungkin board nye komponen pon beku macam aku.. sejuk sesejuk salji.. haha

Xpe2 usaha itu tangga kejayaan.. terus dan terus bersimulasi!!!

Tuesday, January 25, 2011

Untuk Apa Anda Membayar Jurugambar

Untuk Apa Anda Membayar Jurugambar
Petikan asal dari Majalah Pesona Pengantin
Oleh: Hasnuddin Abu Samah, Pengarah Urusan, Adan Impresif.


Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan

anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya

anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan,

anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal. Berikut saya

senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar

perkahwinan:


Gambar hiasan : Detik manis yang tidak tidak akan di telan waktu

1) Kos Peralatan Kamera

Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti.

Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM10,000. Selain dari kos

pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf,

diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut

nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira

semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini

bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’

peralatan mereka.

2) Kemahiran Jurugambar

Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai

kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai

kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang

tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan,

latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar

itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.

3) Masa Perkhidmatan

Jurugambar adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat

bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh

merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah

satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar

mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu

diambil untuk sesuatu tugasan.

4) Perkhidmatan Selepas Rakaman

Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau

sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang

telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang

terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman,

komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas

cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar

yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang

dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album

sebelum diserahkan kepada pelanggan.

5) Kos Material

Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat

dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang

terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi

serta lain-lain kos peniagaan. Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam

menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang

jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar

perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada

sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah

gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.

Jadi fikir-fikirkan lah...
Antara duit dan kenangan, duit boleh cari, tapi kenangan manis datang hanya sekali.

Monday, January 24, 2011

Saya ada kawan nama dia...

Haaa.. meh sini nak crita sat... aku ada la sorang member, nama tipu dia cik emilia.. nama betui emieliar kot.. hahahaha (hang toksah nak marah aaa, kang aku hupload gambaq hang kat wad..)

Dalam minggu lepas aku baca berita kat FB yang minah ni kene tibai.. Sian kat hang... aku bersimpati dengan hang weh.. aku taw hang nak jadi superwoman.. itu cita2 hang masa kecik dulu.. kot ya pon tengok keadaan la weh.. kalo hang dalam dunia nyata, hang kene la pikir masak2 dulu..

Tapi ye la kan.. benda da nak jadi.. seb bek paru2 hang ok kan.. kalo x ok, aku kene wat iklan kat memane blog, cari peparu yang ingin di juai.. ^_*

Pasai pakcik tu ngan anak dia, hang toksah risau nya la... sure pakcik tu skang tgh lepak2 kat umah cacing, ya la polis da cari dia.. wat pa hang nak risau.. Kalo jadi ape2, aku sure karam sigh walia akan jadi hang nye lawyer.. bak kata pepatah sepandai2 tupai melompat akhirnya ke tanah jua dia jatuh.. betui x??

Malam ni kalo hang payah jugak nak tidoq, aku cadangkan hang berangan sket.. yang hang berjaya tumpaskan pakcik tu ngan anak nye.. pastu hang terbang bawak pakcik tu ngan anak nya kat gunung everest.. hang taw x gunung everest tu kat mana?? kalo hang xtaw hang msg aku nanti.. aku bagi no bearing n lokasi.. tp yg tu aku kene tgk kat google map dulu la..
pastu aku reply as soon as posible.. hang toksah risau.. broadband aku da laju da.. xslow macam dulu lagih..

Haaa.. sambung balik, masa hang tinggai pakcik tu ngan anak dia.. hang bagi la helmet kat dia.. mana taw kot2 dia xpueh hati.. lh la die tibai beruang kutub kat sana.. pastu nanti kt pakat2 tgk national geograpik tu.. xpon discovery channel 551 tu yg kat astro tu.. kot2 ada saintis jumpa pakcik tu ngan anak die siap ngan helmet frost kat puncak bukit.. beh x???

Sure lepas hang berangan pasai benda ni, hang akan penat, pastu mesti hang tidoq dengan lena.. sebab hang penat terbang jauh2 smpi ke everest kan kan cik emilia...

da da p tidoq..

Sunday, January 23, 2011

Profile Picture Kontroversi..


Haaa... konpius x?? da brape orang anak aku?? kire kire cepat.. sebab esok ada gambar baru lagi nak di upload!!..

Profile picture neh da buat ramai member2 yang berjauhan, yg baru kenal, yang x kenal konpius.. mane tak nye.. semua gambar dengan baby.. mane isterinye??

Isteri?? untuk pengetahuan anda semua.. saya masih bujang, tetapi akan menjadi double tidak lama lagi.. InsyaAllah.. mudah mudahan jodoh sy dengan Cik Misi kekal hingga akhir hayat.. Opss..

Tentu pelik nape dan ngape sy tak letak gambar Cik Misi, untuk pengetahuan anda semua, Cik Misi ni pemalu,.. dalam FB die pon die x letak pon gambar die.. kalo ada pon bukan gambar die sorang2.. mesti penuh Misi2 dalam gambar tu.. Jadi anda berkemungkinan besar sama sekali tidak akan menjumpai gambar Cik Misi saya, sehingga majlis membayar saman di buka.. hahaha

Jadi, untuk menggantikan Cik Misi, saya bergambar la dengan baby2 ini semua.. biasa la kan.. baby ni xpandai nak menipu, jujur dan ikhlas.. kalo pegang pon x batai air semayang.. betui x??
dan kalo profile pciture ni di tukar dengan gambo2 member2 pompuan, nanti di salah angapkan pulak.. .. Jadi buat masa sekarang sy amat selesa dengan baby2 yang telah sy kidnep..

Tak usah di tanye sape nama baby, baby siapakah yg saya pegang.. kerana yg pastinya.. saya tidak pernah taw nama baby yang pernah saya dukung itu.. melainkan baby tersebut adalah anak kepada sahabat2 rapat saya.. yang itu semestinya saya akan dapat menjawab dengan jelas dan betul sekali..

Saturday, January 22, 2011

Di Sebalik Tabir Pano & Rama

Seperti yang di janjikan.. hehe..



Sekeping gambar yang di rakam, mempunyai pelbagai cerita di sebaliknya...
Mungkin lain orang yang melihat, lain pula pendapatnya..
Walauapajua sekalipun, gambar yang di paparkan ini hanyalah sekadar untuk di lihat dengan +ve side sahaja,... bukan untuk mengenakan sesiapa.. (jangan marah eh.. kalo marah kene juai)

Jika anda lihat peti surat yang bewarna merah di atas, tentu anda akan melihatnya dari pelbagai sudut pandangan.. Mungkin di hati anda terdetik, sekarang ni org gune sms, email, FB dan sebagainya untuk berhubung, da tak gune lagi dah surat2 neh.. tapi apa2 pun itu adalah pandangan dari anda.. Tetapi pernahkah anda terfikir, sebelum gambar di atas terhasil, siapakah orang seni yang mengambil gambar tersebut, mengapa componya nampak sedap mata memandang?? dan jawapannya adalah...


Inilah orang yang bertanggungjawad dengan gambar di atas itu, bukan mudah untuk mengambil gambar, beliau telah mencuba mungkin berpuluh2 kali untuk mendapat hasil yang di mahukannya.. Dan tentu anda semua terkejut, beliau hanya menggunakan camera dari telefon bimbitnya sahaja.. tidak seperti saya, guna Nikon, tapi compo asyik fail aje.. saya amat segan dengan beliau...


Jalan Sehala dari sudut pandangan yang berbeza-beza....


Dan

dan juga ini..

(boleh jadi tutorial composition kalo camneh)
Untuk mendapatkan hasil gambar seperti yg di atasssss sekali,.. anda perlukan pandangan mata yang berbeza2 dari sudut yang berbeza..



Candid Mizi + Fauzi


Dan ini adalah gambar Mizi yang di candid oleh inchik fauzi.. Dan pada yg sama Inchik fauzi telah tercandid oleh saya.. Bagaimana gaya inchik fauzi?? hehe inilah gayanyaa....

Bro fauzi jangan marah... kalo marah nanti ahcai masukkan dalam mudah.com.my.. :P tapi gambar tu memang beh...


Untuk compo yg seterusnya pula....



dan cara2 untuk mengambilnya anda perlu duduk seperti ini..(cukup malang sekali, sy tidak mampu untuk duduk seperti ini, kerana lebihan lemak belum hilang sepenuhnya..)



Bukan senang rupanya untuk mendapat compo yang cun, pelbagai cara perlu di buat...
Jadi jikalau seseorang photog meletakkan harga pada service yg di lakukan.. tidak usahlah anda mempertikaikannya... kerana kami bukan sekadar mengambil gambar semata2.. kami menggunakan seluruh tenaga yang ada pada diri kami untuk mendapatkan hasil gambar yang mantops..

Dan gambar penutup dari saya...

Fadzly menangis melihat hasil gambar yang telah di ambil dari salah seorang ahli mendaki..

Ada sesetengah gambar di atas saya amik dari album FB kawan2 yang telah menyertai program mendaki ini, terima kasih saya ucapkan.. tanpa gambar dari anda.. tidak akan terhasil artikel ini..
hehe

Liputan Backdated Khas Pano & Rama

Masihkah anda ingt dengan cerita tentang Pano & Rama?? Yaaa.. cerita lama, gambar yang di peram.. sungguh lama ianya di pendam, kenape?? sebab Busy laaa.. nk wat camne lagih kan..
Jadi untuk pembuka tirai saya bawakah khas untuk mereka2 yang belum pernah sampai ke puncak bukit Pano & Rama..

Siapakah press yang di war-warkan dalam cerita sebelum ini??

Inilah press yang bersama2 kami mendaki puncak Pano & Rama, dengar khabarnye beliau adalah pertama kali mendaki bukit seperti ini.. Terdengar juga soksek2 beliau mengatakan bukit ini tidak lah begitu mencabar, kerana pihak yang berwajib menyediakan tangga. Itu mungkin beliau, tapi kami yang berbadan sehat, walaupun bertangga ianya tetap satu cabaran yang amat besar untuk sampai dan tiba di atas sana..

Dengan terpamer topi yang tergantung di poket, tentu anda semua tahu siapakah beliau..
Ya siapa lagi kalau bukan orang seni yg anda kenali..


Di atas adalah sebahagian daripada gambar yang sempat sy uploadkan.. beliau cukup cekal melakukan tugas.. Setiap orang di temubual dengan mesra, beliau tidak lokek dengan ilmu yg ingin di kongsi untuk teman2 yg lain.. Saya bangga kerana beliau sudi berkawan dengan saya, walaupun ketikda mendaki bukit, sy selalu ketinggalan di belakang.. :P

Tapi jangan lupe.. Ni khas untuk Mr Achai, untuk yang lain ada... di sebalik tabir gambar yang di ambil.. Pernahkah anda tahu?? nantikan kemunculannya.....

Maran masuk spital???

Seminggu training kat KL, langsung xtaw pe cerita kat opis.. rupe2nye salah seorang sahabat aku di masukkan ke wad..

Tidak ku pasti sama sekali punca2 beliau mula2 di masukkan ke wad.. adakah kerana beliau ingin mencari jodoh di sana? (sama macam aku) atau beliau benar2 sakit.. :P

Tapi ye lah.. orang kate sakit2 ni xleh di buat main2 kan?.. khabarnya Maran di tahan kat wad sebab suspet kene denggi... Aduhai la Maran, ko g main kat semak mane tu.. hehe(jangan marah, gurau2 aje.)

Masa training kat KL tu, aku try la jugak call Mamat ni, tp xberjawab.. maybe xlarat sngt kot..
Lastday masa training hari tu aku call, baru di jawab.. tapi dengan suara yg lemah la.. sian plak kat ko Maran, moga2 cepat sembuh dan boleh la kite semua menaiki kereta mu..
Aku suke naik Myvii mu.. kelas dan bergaya gitu..

Ape2 pon,.. jangan lupe makan ubat.. & cepat2 masuk kerja..
PPsssstt... da jumpe jodoh ke lom kat wad ari tu?? hehehe jangan marah nanti kene juaaaiiii.. hihi

Thursday, January 20, 2011

Love U All My Pren..


Pada rakan2 yang mengikuti blog ini, terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan, Tiada gambar yang boleh di banggakan di sini. Hanya gambar2 biasa sahaja yang ada.. tiada yang istimewa, yang ada cuma gambar yang telah di peram lama..

Walau apa2 pun, saya berterima kasih pada anda, sokongan daripada anda, undian daripada anda, pilihan yang di buat oleh anda saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.. Semoga, pada pemilihan pemuda yang akan datang saya akan menjadi calon pilihan anda..

P/s : Masih lagi di opis menunggu abang2 TM mengtrouble shoot problem yang dari tengahari td.. mata saya sudah lebam.....

Wednesday, January 19, 2011

Sunrise dan Aku...

Terasa sedikit kejelesan pada rakan photog.. bukan jeles menghala ke jalan yg -Ve.. tetapi ianya +ve, xsalahkan??? Semalam xsempat nak joint amik sunset.. so repeat soram2 sunrise.. nak joint farid xleh.. sebab sana jem teruk.. hahaha

saya kurang reti bab2 nak compo, framing, editting dan sebagainya..
jadi gambar yang di ambil jarang di up, hanya di tenung dan di lihat sahaja..di mana kesilapannya... di mana kekurangannya..
haha itulah kenyataannya.. Tapi bak kata pepatah, hendak seribu daya, xnak seribu dalih....
Dan akhirnya, di sini ku paparkan hasil karyaku yang tidak sempat ku peram lama....

Lokasi : Lebuhraya Pantai Timur (LPT),



Gambar yang last ni adalah laluan aku hari2 dahulu untuk ke tempat kerja... bergerak dari rumah pkl 630am.. tiba di exit tol pkl 710am.... memang beh...

Pano & Rama????

Da dekat seminggu dah.. satu gambar pon x upload.. orang lain berlumba2 nak upload.. tapi aku xde skeping pon.. kenape?? haaaa ni jawapan diaa..

Sebab aku xreti nak amik gambo.. aku kene belajar lagi dari korang2 dan kamu2 semua.. Jadi jangan la simpan sngt.. share2 la dengan sy yang masih lagi merangkak..


Di atas adalah capture screen dari blog inchik buta seni merangkap sebagai photog dari press.. Press mane?? di rahsiakan buat sementara waktu ini.. kerana dengar ceritanya ada masalah sedikit dengan press yang berkenaan.. tapi harap2nye apa jua jenis masalahnya tidak lah terlalu besar dan kritikal hendaknya...

Di dalam blog tersebut, beliau ada menceritakan serba sedikit tentang asal usul nama panorama, dengar khabarnya beliau telah menemubual salah seorang penduduk asal di sg. Lembing..

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh menziarahi laman blog beliau iaitu
di Seloka Jiwa.




Dan ini adalah di antara gambar2 yang di ambil oleh enchik pojie.. Syabas saya ucapkan kerana anda berjaya juga sampai di puncak bukit panorama!!! Taniah Enchik!! Enchik next time jangan datang sorang2 eh.. bawak la yg sorang lagi tu.. :P oppssss saya hanya bergurau sahaja.. jangan lah inchik memarahi saya....

Apabila melihat gambar dari FB enchik.. tersangat2lah saya segan untuk mengupload gambar dari camera saya.. dengan menggunalan tele yang di pinjam kan dari seorang sahabat...

:P

Dan ini pula dari album FB inchik Farid Letrik.. Beliau telah berjaya membuat saya bangga kerana berjaya memanipulasikan gambar saya!!! Trimas inchik!!!



Yang ini pula dari Album FB apek fadzly.. Agak mencuit hati pabila uncle & untie menegur beliau untuk minum teh cina di pagi hari.. Namun Fadzly Lee menolak tawaran dengan penuh sopan dan santun..

Fadzly Lee adalah sahabat rapat saya setiap kali mendaki bukit panorama.. Kami akan bersama2 mengira anak tangga yang ada di situ.. apa bila kami lupa kami akan mengira semula dari satu..

Jika kepenatan, kami saling memberi kata2 semangat..
"Da tak jauh da bro.. dekat je tu,... sket je lagi.. jap lagi sampai la ni.."

Begitulah kata2 semangat yang akan keluar dari mulut kami.. Dan akhirnya kami sampai jua di puncak bukit.. walaupun agak terlambat sedikit...

Walaubagaimanapun.. gambar2 yang anda lihat di album mereka semua adalah gambar yang comel dan cute..

Pernahkah anda terfikir, bagaimanakah di sebalik tadbirnya??
Bagaimanakah mereka memasang kekuda2?? tanpa tripod??

Jika anda ingin melihatnya... bersabarlah... sabar sehingga saya mempelajari sesuatu tentang editing.. Dan gambar2 yang di paparkan adalah asli.. bukan manipulation.. sebab sy masih lagi belajar tentang subjet itu..

Sekian..

(Saya hanya berblog selepas office hour sahaja.. Sekian terima kasih..)

Tuesday, January 18, 2011

Maafkan aku wahai sahabat...


Sorry la Idham, permintaan mu aku xdapat tunaikan..
Pizza yang mu mintok tu xde sebab pizza bukan 24jam macam mc'd & KFC....
Mc'd aku dpt sebab ianya 24jam service..

Jadi Maafkan aku wahai sahabat..... :P

Tuesday, January 11, 2011

Ajaibnya peti ini..

Adoilaa... apsal la time2 camni baru nak berasa lapar.. pelik sungguh.. aku mule mencari sesuatu untuk di makan.. walaupun hanya sesudu eskrem..

habis segala rongga di dalam bilik ku geledahi..

tiba2... semasa aku menarik laci meja.. aku terpandang satu nota....



Wow!!! betul ke ni?? 150x aku baca nota tulisan tangan tersebut...
Dan 1160 kali aku mengeja.. sehingga aku makin mengantuk... tetapi ku gagahi jua..
menulis menu makanan yang aku inginkkan....


Lalu ku letakkan pesanan tersebut dalam peti ais yang tersorok itu..


Setelah ku tutup rapat peti tersebut,.. ku melangkah longlai ke katil.. kerana aku kekurangan gula di dalam badan...

aku berasa teramat muskil, adakah aku di permainkan oleh seseorang??
atau
makcik cleaner yang masuk pagi2 itu ingin bergurau senda dengan aku??
kalau bukan makcik.. maybe budak2/awek2 nakal yang ingin berkenalan dengan aku yang cute ini..(perasan la plakk, sure cik misi akan gelakkan aku kaw kaw punye)..

sengaja aku membuka peti ais tersebut lebih awak kerana ingin melihat apa yang sedang berlaku di dalam peti ais tersebut.. mungkin orang2 kenit sedang memasak pesanan yang aku inginkan itu...

jeng jeng jeng... sungguh mendebarkan...

ianyaa.. KOSONG!!!!
Kemane perginya menu yang aku letak dalam tu!!!!
Dalam fikiran aku, bermacam2 benda yang ku fikirkan...
argghhh stressss...
dengan agak kuat aku hempas pintu peti ais tersebut.....
lalu ku berlari2 keanak-anakan ke arah katil single yang di sediakan oleh pihak hotel...
lalu ku tarik selimut sehingga menutupi ubun2ku...
pada masa yang sama aku melihat jam pada iphone ku.. ermm lawa sungguh gambar cik misi pada iphone ku ini.. cute.. comei.. montel.. opsss hahaha..

Dengan penuh debaran aku melihat jam pada telefon ku, dan pada masa yang sama aku melihat gambar cik misi kesayangan ku..
Dan penantian yang mendebarkan itu akhirnya hampir berakhir...

Dengan penuh suspen aku membuka peti ais yang kecil itu...

dan..





















scrol down plssss













































tentu korang xpercaya dengan apa yang bakal korang lihat....






































siyes ini kenyataan..............



































Tengok!!!! dalam peti tu aku dapat semua benda yang aku order beb!!!!
wow!!! macam xpercaya aje.. aku cuba amik air tu, lalu ku baca doa makan sebelum ku minum, ye la kot2 mimpi ke ape ke..

tetapi ternyata ianya teramat benar... semuanya benarr...
dengan perasaan yang agak ke anak-anakan yang cute, aku makan semua yang ada...
sungguh best.... enak sekali..

dan akhirnya.. aku dapat tido dengan aman dan tenang... walaupun hati kecil ku masih tertanye2.. dari manakah datangnya semua makanan ini.. tetapi di sebabkan kemengantukkan yang teramat sangat... aku tido.. dan hanyut di buai mimpi....

good nite sumee...

@ Ampang



Wow!! training....
Best giler babas, mau taknye dapat g training. Lh jumpe member2 lama.
Tapi apakan daya... semuanya busy.. jadi aku pon lepak le sorang2 kat bilik..

dok kat bilik ni pon satu ke hal, tingkap xleh bukak.. camne la aku nak amik gambor.. tapi
dengan kehadiran seorang budak TNB, maka berjayalah aku membukak kunci yg ada pada tingkap itu..

So ni lah view dr bilik aku yang sempat aku amik.. kalo xlawo tu standard laa,.. aku bukan pro.. aku biginner je bro.. :P
















Haaa... yg last 2 keping candid neh aku amik masa kuar lunch ngan masa balik dari tempat training.. yg awek baju kuning ni rupe2nye satu floor ngan tempat training aku.. ahahahha esok mau usha2 sikit.. usha aje.. bukan ngorat yea... kang marah plak cik misi aku.. haha

Wednesday, January 5, 2011

Apakah Dosaku.


Untuk semua geng2 Jurufoto Kuantan dan juga2 member2 seangkatan denganya..

Pada : 10 Januari 2011 (Isnin)
Masa : 8.30 malam
Bertempat di : Kompleks Sukan UMP,Gambang

Antara artis2 yang hadir adalah :
Ramli Sarip, Ana Rafalli,; penyanyi Jazz Taheera Rosheena; Penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA) 2000, Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin; penyair Pahang Marsli NO (Ramli Selamat), Juara Imam Muda, Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan, Peserta Akademi Nasyid 2008, Mohd Shukri Nasron (Cicik), Ambakri, Aimas, Penyair indie, Fynn Jamal dan penampilan Ahmad Fitri Yahya sebagai pengacara.


So.. sedia2kan lah pepe yg patut.. Beteri kasi full charge.. lens kasi gilap..

p/s: Abam regim & kak uda bawak perisai eh.. takut peristiwa lama dulu berulam kemabali.. :P