Sunday, January 30, 2011

Bajir di Kota Bharu,


Ini Di antara gambar2 banjir pada tahun 2005 kalau tidak silap saya.. Walaupun air banjir tu boleh di katakan kotor. Tetapi bagi sesetengah orang ianya adalah pesta.. :P
Mereka boleh berjalan sehingga lebih dari 10KM tanpa rasa penat kerana keseronokkan bermain dengan air banjir.. :P


Jalan punya jalan jumpa motor hanyut, .. :P

Dalam kenangan...


Terkenang kembali saat-saat bersama mu.. petua-petua dari mu,..
Menoreh getah bersama-sama suatu ketika dahulu,..
Mengajar cara menahan jerat..
Memukat ikan...

Al-Fatihan buat arwah atuk ku.....

Wednesday, January 26, 2011

Usaha Tangga Kejayaan..

Yang ni bukan untuk sapa yeaa...
ni untuk reference sendiri, sebab aku selalu lupe di mana aku menyimpan koding2 ku..


org 0000h
setb p1.7
setb p3.2
setb p3.3
setb p3.4
mov R7,#00h

Start : jnb p1.7,on
cjne R7,#04d,start
clr p3.3
jmp start

on : inc R7
on_ : clr p3.2
jb p1.7,cstart
jmp on_

cstart : setb p3.2
jmp start

end


Okiess.. ni die code untuk CJNE.. adiosss

CJNE ?

Ades.. dengar cerita autoreset kat DC tu da banyak kali mengaktifkan diri.. sampai da xteraktif da.. autoreset aku xsiap2 lagi nih.. apsal la sejuk sangat otak kali nih.. CJNE tu kalo xsilap aku simple aje.. nape kali ni xmo jadi2 lagih?? haisshhh masalah masalah...

Project Project Project!!!!


Haishhh.. bile nak nak menjadi neh.. baru tinggal setahun coding, semua da beku dalam kepala....

Bantuan bantuan... dulu kalo wat2 coding atmel senyum aje(yang basic2 laa) skang ni muram semuram2nye.. ari tu board programmer problem.. puncanye supply dr USB xcukup.. apsal sebelum ni ok aje.. cek komponen xde pulak fault.. mungkin board nye komponen pon beku macam aku.. sejuk sesejuk salji.. haha

Xpe2 usaha itu tangga kejayaan.. terus dan terus bersimulasi!!!

Tuesday, January 25, 2011

Untuk Apa Anda Membayar Jurugambar

Untuk Apa Anda Membayar Jurugambar
Petikan asal dari Majalah Pesona Pengantin
Oleh: Hasnuddin Abu Samah, Pengarah Urusan, Adan Impresif.


Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan

anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya

anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan,

anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal. Berikut saya

senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar

perkahwinan:


Gambar hiasan : Detik manis yang tidak tidak akan di telan waktu

1) Kos Peralatan Kamera

Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti.

Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM10,000. Selain dari kos

pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf,

diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut

nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira

semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini

bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’

peralatan mereka.

2) Kemahiran Jurugambar

Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai

kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai

kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang

tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan,

latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar

itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.

3) Masa Perkhidmatan

Jurugambar adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat

bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh

merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah

satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar

mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu

diambil untuk sesuatu tugasan.

4) Perkhidmatan Selepas Rakaman

Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau

sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang

telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang

terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman,

komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas

cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar

yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang

dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album

sebelum diserahkan kepada pelanggan.

5) Kos Material

Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat

dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang

terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi

serta lain-lain kos peniagaan. Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam

menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang

jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar

perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada

sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah

gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.

Jadi fikir-fikirkan lah...
Antara duit dan kenangan, duit boleh cari, tapi kenangan manis datang hanya sekali.

Monday, January 24, 2011

Saya ada kawan nama dia...

Haaa.. meh sini nak crita sat... aku ada la sorang member, nama tipu dia cik emilia.. nama betui emieliar kot.. hahahaha (hang toksah nak marah aaa, kang aku hupload gambaq hang kat wad..)

Dalam minggu lepas aku baca berita kat FB yang minah ni kene tibai.. Sian kat hang... aku bersimpati dengan hang weh.. aku taw hang nak jadi superwoman.. itu cita2 hang masa kecik dulu.. kot ya pon tengok keadaan la weh.. kalo hang dalam dunia nyata, hang kene la pikir masak2 dulu..

Tapi ye la kan.. benda da nak jadi.. seb bek paru2 hang ok kan.. kalo x ok, aku kene wat iklan kat memane blog, cari peparu yang ingin di juai.. ^_*

Pasai pakcik tu ngan anak dia, hang toksah risau nya la... sure pakcik tu skang tgh lepak2 kat umah cacing, ya la polis da cari dia.. wat pa hang nak risau.. Kalo jadi ape2, aku sure karam sigh walia akan jadi hang nye lawyer.. bak kata pepatah sepandai2 tupai melompat akhirnya ke tanah jua dia jatuh.. betui x??

Malam ni kalo hang payah jugak nak tidoq, aku cadangkan hang berangan sket.. yang hang berjaya tumpaskan pakcik tu ngan anak nye.. pastu hang terbang bawak pakcik tu ngan anak nya kat gunung everest.. hang taw x gunung everest tu kat mana?? kalo hang xtaw hang msg aku nanti.. aku bagi no bearing n lokasi.. tp yg tu aku kene tgk kat google map dulu la..
pastu aku reply as soon as posible.. hang toksah risau.. broadband aku da laju da.. xslow macam dulu lagih..

Haaa.. sambung balik, masa hang tinggai pakcik tu ngan anak dia.. hang bagi la helmet kat dia.. mana taw kot2 dia xpueh hati.. lh la die tibai beruang kutub kat sana.. pastu nanti kt pakat2 tgk national geograpik tu.. xpon discovery channel 551 tu yg kat astro tu.. kot2 ada saintis jumpa pakcik tu ngan anak die siap ngan helmet frost kat puncak bukit.. beh x???

Sure lepas hang berangan pasai benda ni, hang akan penat, pastu mesti hang tidoq dengan lena.. sebab hang penat terbang jauh2 smpi ke everest kan kan cik emilia...

da da p tidoq..