Wednesday, January 19, 2011

Pano & Rama????

Da dekat seminggu dah.. satu gambar pon x upload.. orang lain berlumba2 nak upload.. tapi aku xde skeping pon.. kenape?? haaaa ni jawapan diaa..

Sebab aku xreti nak amik gambo.. aku kene belajar lagi dari korang2 dan kamu2 semua.. Jadi jangan la simpan sngt.. share2 la dengan sy yang masih lagi merangkak..


Di atas adalah capture screen dari blog inchik buta seni merangkap sebagai photog dari press.. Press mane?? di rahsiakan buat sementara waktu ini.. kerana dengar ceritanya ada masalah sedikit dengan press yang berkenaan.. tapi harap2nye apa jua jenis masalahnya tidak lah terlalu besar dan kritikal hendaknya...

Di dalam blog tersebut, beliau ada menceritakan serba sedikit tentang asal usul nama panorama, dengar khabarnya beliau telah menemubual salah seorang penduduk asal di sg. Lembing..

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh menziarahi laman blog beliau iaitu
di Seloka Jiwa.




Dan ini adalah di antara gambar2 yang di ambil oleh enchik pojie.. Syabas saya ucapkan kerana anda berjaya juga sampai di puncak bukit panorama!!! Taniah Enchik!! Enchik next time jangan datang sorang2 eh.. bawak la yg sorang lagi tu.. :P oppssss saya hanya bergurau sahaja.. jangan lah inchik memarahi saya....

Apabila melihat gambar dari FB enchik.. tersangat2lah saya segan untuk mengupload gambar dari camera saya.. dengan menggunalan tele yang di pinjam kan dari seorang sahabat...

:P

Dan ini pula dari album FB inchik Farid Letrik.. Beliau telah berjaya membuat saya bangga kerana berjaya memanipulasikan gambar saya!!! Trimas inchik!!!



Yang ini pula dari Album FB apek fadzly.. Agak mencuit hati pabila uncle & untie menegur beliau untuk minum teh cina di pagi hari.. Namun Fadzly Lee menolak tawaran dengan penuh sopan dan santun..

Fadzly Lee adalah sahabat rapat saya setiap kali mendaki bukit panorama.. Kami akan bersama2 mengira anak tangga yang ada di situ.. apa bila kami lupa kami akan mengira semula dari satu..

Jika kepenatan, kami saling memberi kata2 semangat..
"Da tak jauh da bro.. dekat je tu,... sket je lagi.. jap lagi sampai la ni.."

Begitulah kata2 semangat yang akan keluar dari mulut kami.. Dan akhirnya kami sampai jua di puncak bukit.. walaupun agak terlambat sedikit...

Walaubagaimanapun.. gambar2 yang anda lihat di album mereka semua adalah gambar yang comel dan cute..

Pernahkah anda terfikir, bagaimanakah di sebalik tadbirnya??
Bagaimanakah mereka memasang kekuda2?? tanpa tripod??

Jika anda ingin melihatnya... bersabarlah... sabar sehingga saya mempelajari sesuatu tentang editing.. Dan gambar2 yang di paparkan adalah asli.. bukan manipulation.. sebab sy masih lagi belajar tentang subjet itu..

Sekian..

(Saya hanya berblog selepas office hour sahaja.. Sekian terima kasih..)

3 comments:

As said...

chayyo!

ayie said...

Nantikan kemunculan gambar As juga.. hihihi

seni jiwa said...

huhu..