Wednesday, December 21, 2011

Penguin Oh Penguin....


Lama betul x mengarut kat blog neh.. sebabnye ketidakcukupanmasa haha.. rase terlalu padat jadual walaupun aku hanya juruteknik komputer yang mana kerja juruteknik komputer ini adalah merepair mouse yang rosak.. xpe la, mungkin kat jabatan lain, juruteknik komputer mereka wat kije tu aje...

Beberapa minggu lepas kumpulan NetIG aku berjaya mendapat tempat ke 2 untuk konvensyen Kreatif & inovatif (KIK) untuk peringkat Uni.. walaupun ada yg xberpuas hati, tapi adatlah bertanding, ada menang ada kalah.. Mungkin ada hikmahnya dengan apa yang terjadi. Pada ketika hendak berlangsungnya pertandingan tersebut, server gateway aku meragam. Sungguh rasa ketertekanan yang melampaui batas, hahaha ape idaknye, penat lelah berjaga malam pe sume tu seolah2 tidak berbaloi jika ianya gagal berfungsi pada hari pertandingan.. Setelah di troubleshoot di dapati bahawa kegagalan tersebut berpunca daripada simcard celcom yang tenuk.. naseb baik ada simcard backup Maxis, & akhirnya pertandingan tersebut telah kami semua lalui dengan pelbagai jenis perasaan.. haha

Elok aje abis persembahan, server aku kembali meragam sehingga ke hari ini. Skang ni tengah sangkut dengan Open Source Linux.. distro yang aku amik tu rupenye ada problem.. jenuhla aku nak mengkaji balik.. almaklumlaa dah terbiasa dengan tetingkap, click2, drag2 sume tu.. Xpe lah, bgi aku byk jugak benda yang aku dpt belajar, & juga banyak jugak la dvd aku abis kali nih.. dok burn & burn distro.. haishh.. Mintak2 lepas ni boleh la die up seperti sedia kala...

Ok Juruteknik² semua, moh kite sambung tugas memeriksa mouse.. hahaha xpatot sungguh..


No comments: